Monday, July 14, 2008

APA ITU AURA?

http://www.mahsuri.com.my/analisis

AURA boleh didefinasikan sebagai medan tenaga elektromagnagnetik yang mengelilingi setiap benda. Apa sahaja benda yang mempunyai struktur atom akan mempunyai AURA. Atom setiap benda ini terbentuk dari elektron-elektron dan proton-proton yang sentiasa bergerak.
Bukan manusia sahaja memancarkan AURA, tetapi benda lain juga memancarkan AURA seperti pohon, haiwan, kristal dan sebagainya. Salah satu cara meningkatkan AURA pada seseorang iaitu dengan melakukan meditasi.
Sifat AURA ialah tembus pandang pada semua benda. AURA yang kuat, segar dan hidup akan menyebabkan seseorang itu memiliki daya tahan, daya juang, daya pemikiran, daya tahan penyakit, dan tarikan yang kuat. Secara tidak langsung akan melibatkan kehidupan seharian yang lebih harmoni, ceria dan bermakna sama ada bagi diri sendiri mahupun mereka yang berkaitan rapat dengan segala urusan anda.


http://www.mahsuri.com.my/analisis

Friday, July 11, 2008

AIDS


http://www.mahsuri.com.my/analisis

Aids ialah singkatan kepada 'Acquired Immune Deficiency Syndrome'.

Punca penyakitdan faktor risiko:

a)disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodefiency virus) yang menyerang dan memusnahkan/melemahkan keupayaan semulajadi sistem ketahanan badan dalam melawan penyakit.
b)bila ketahanan kurang maka pesakit Aids ini terdedah kepada pelbagai kuman yang biasanya tidak menyebabkan penyakit kepada orang yang normal.Jenis jangkitan ialah beberapa jenis barah yang jarang berlaku.
c)Aids boleh berjangkit melalui hubungan seks rambang atau bertukar pasangan dan melakukan dengan orang yang telah dijangkiti Aids.daripada ibu yang dijangkiti HIV kepada anak dalam kandungan.

Tanda-tanda/ simpton :

a)ujian darah positif

b)berat badan susut melebihi 10% tanpa sebab
c)cirit-birit yang berterusand)demam yang berpanjangan(sekali sekala ataupun beterusan)
e)batuk-batuk yang berterusan
f)bengkak pada kelenjar leher,ketiak,pangkal peha.
g)melepuh di bahagian kemaluan atau mulut yang merebak dan berulang
h)jangkitan paru-paru
i)barah di kulit atau mulut
j)jangkitan penyakit lain yang jarang dihidapi oleh orang yang sihat.

Langkah pencegahan:

a)Jangan lakukan hubungan seks gengan orang tidak dikenali taraf kesihatannnya
b)Elakkan seks secara rambang dan bertukar pasangan.
c)gunakan kondom jika hubungan seks tak dapat dielakkan(seperti suami isteri)
d)jangan menagih dadah dan berkongsi jarum suntikan dengan penagih lain.
e)Elakkan berkongsi alat peribadi yang boleh tercemar dengan darah seperti berus gigi,pencukur dan lain-lain.
f)Pesakit Aids tak boleh menderma darah,air mani dan anggota badan.
g)Sekiranya anda seorang ibu elakkan dari hamil kerana anak boleh dijangkiti kuman Aids.
h)jauhi rokok dan alkohol.

Rawatan /Pengesanan:

a) Menjalani rawatan pemeriksaan perubatan yang ditetapkan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
b)jaga kesihatan diri dengan senaman,rehat dan tidur yang secukupnya
c)pelihara makanan yang seimbang
d)elakkan dari kecederaan atau luka di kulit anda
e)utamakan penggunaan alat yang dipakai sekali shj iaitu seperti jarum pakai buang,bekas pewarna dan lain-lain.

http://www.mahsuri.com.my/analisis

Saturday, July 5, 2008

Tentang Mahsuri

http://www.mahsuri.com.my/analisis

Dalam memenuhi kehendak masa kini pelbagai teknik perubatan moden dan juga tradisional di perkenalkan selaras dengan perkembangan teknologi dan juga peningkatan ilmu pendidikan. Selaras dengan itu, maka wujudlah perubatan rawatan secara metafizik. Rawatan ini telah diperkenalkan oleh Dr/Tabib Abdul Ghani Mustapah dengan nama Rawatan Alternatif Mahsuri.
Berasaskan minat dan juga ilmu yang ditimba di Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia dan perubatan tradisional beliau telah memulakan perubatan sejak lima tahun lepas dengan permulaan konsep perubatan hanya dilakukan dirumah dan juga ke rumah-rumah pesakit. Konsep perubatan pada masa itu hanya tertumpu kepada bentuk spiritual sahaja.`


Bagaimanapun, Dr Ghani telah memperkembangkan lagi konsep rawatannya dengan pembukaan sebuah pusat rawatan pada bulan Oktober 2003. Penekanan difokuskan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Ianya adalah satu kaedah yang berasaskan gabungan tenaga dalaman beserta ayat as-syifaq (doa). Gabungan dari kaedah inilah yang akan digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang ada dalam diri setiap manusia.

Menurut statistik dari Persatuan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit sakit jantung merupakan “Pembunuh No. 1” kepada penduduk sedunia. Ramai penduduk manusia diragut oleh pembunuh tersebut.
Menurut statistik juga, lebih daripada 70% sistem peredaran darah orang dewasa tergendala. Mereka berada dalam kategori sub-sihat dan berisiko terhadap
penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan arteriosklerosis.

penyakit akan timbul jika sistem peredaran darah tidak lancar.

penyakit Serebral-Kardiovaskkular: Kandungan lemak dalam darah terlalu tinggi, darah terlalu likat, tekanan darah tinggi, pitam, trauma, sakit jantung dan sebagainya.

penyakit Sistem Saraf dan Sistem Endokrin: penyakit lemah saraf, ketidakupayaan saraf sistem saraf, ketidakupayaan sistem endokrin, penyakit kronik renal, penyakit kencing manis dan sebagainya.

penyakit Sistem Respirasi: Rhinitis sensitive, jangkitan peparu, ketidakupayaan peparu dan sebagainya.

penyakit Sistem Pencernaan: Ulser gastric, radang perut dan usus dan sebagainya.
Masalah Sub-Kesihatan: Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kecantikan, pemulihan, ortopedik, organ deria, ginekologi, hepatitis B dan sebagainya.


Rawatan yang dijalankan ini tidak terhad kepada jantina ataupun umur kerana ianya sesuai untuk semua peringkat. Kebiasaannya pesakit akan dirawat sehingga beberapa kali sehingga semangat mereka dapat dipulihkan semula. Ada diantara mereka yang mengalami masalah urat saraf, sakit puan atau tuan, histeria, lemah semangat , masalah rumahtangga, penyakit kronik dan lain-lain penyakit yang berkaitan emosi, fizikal dan spritual.

Kebiasaannya pesakit akan dibekalkan dengan pil, minyak urut, ubat sapu, gel, air untuk mandian dan juga ubat-ubatan yang lain yang disertakan dengan doa as-syifaq. Ubat-ubat ini diberi mengikut
penyakit yang dihadapi. Bagi pesakit yang mengalami masalah rumahtangga, apa yang dilakukan bukanlah untuk meruntuhkan rumahtangga tetapi lebih kepada mengeratkan lagi kasih sayang kedua-dua mereka.

Pada masa ini beliau mempunyai 6 orang pekerja yang mana 4 daripadanya menguruskan bahagian pemasaran diluar dan 2 orang membantu beliau di pusat rawatan. Dalam memperkembangkan lagi pusat rawatan ini, pelbagai usaha dijalankan seperti membuat promosi melalui iklan, edaran risalah, pemasaran dan promosi ke sekolah-sekolah.
Selain membuat rawatan, Dr Ghani juga turut memperkenalkan produk seperti ubat untuk minda yang mana ianya sesuai untuk semua peringkat usia. Produk ini sesuai untuk membentuk minda yang sihat dan cergas.


http://www.mahsuri.com.my/analisis

Tuesday, July 1, 2008

PERKHIDMATAN

http://www.mahsuri.com.my/analisis

ANTARA penyakit YANG BOLEH DIRAWAT

-Sakit Kronik
-Gout, Angin Ahmar, Lumpuh, Sakit Lutut
-Bisa – Bisa Tulang
-Buasir
-Sakit Urat, Terseliuh
-Sakit Pinggang
-Migrain, Stress, Sakit Kepala
-Darah Tinggi-Kencing Manis

Lagi..
-Sakit Tuan / Puan-Masalah Rumahtangga

-Saka, Terkena Sihir, Jin, Sawan, Meroyan, Histeria
-Hilang Ketenangan ( Kaunseling )
-Jiwa Resah Dan Gelisah
-Lemah Semangat, Fobia (Takut)
-Gangguan Tidur (Mimpi Ngeri)
-Lemah IQ, Pelupa, Kurang Aktif, Malas Belajar-Hyperaktif, Degil, Fibroid, Anemia

Lain-lain rawatan:

URUT TERAPI AURA

Kaedah Rawatan Menggunakan Gelombang
TERAPI INI BOLEH MENGUBATI:

GOUT
LUMPUH
LENGUHSENDIMIGRAIN
ANGIN AHMAR
SAKIT LUTUT
GANGGUAN SARAF
SAKIT PINGGANG
RESDUNG
SAKIT LEHER
PERUT KEMBUNG
TERSELIUH

baca maklumat lengkap tentang urut terapi aura di sini

http://www.mahsuri.com.my/analisis