Sunday, May 24, 2009

Pengetahuan Mengenai Penyakit Gout

Gout adalah penyakit yang sering dihidapi kebnyakannya oleh kaum lelaki dan perempuan yang sudah putus haid atau menopause juga berisiko menmdapat penyakit gout ini tetapi risikonya tidaklah sebesar kaum lelaki.

Tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan penyakit gout mungkin menyerang anda adalah anda mungkin terasa sakit pada sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki.Apabila disentuh sendi itu akan sakit dan di ikuti oleh demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout ini terjadi akibat dua faktor iaitu asid urik yang berlebihan di dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang dengan berkesan di dalam badan.Oleh kerana asid urik berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum jarum kristal di sendi sendi dan sakit serta ia juga akan membentuk di tempat lain juga akhirnya akan menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Ketidakseimbangan asid urik ini juga mungkin disebabkan faktor keturunan, memakan makanan yang kaya purin,obesiti,pengambilan alkohol yang berlebihan,kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat ubatan tertentu seperti diuretik dan aspirin.

Tanda atau simptom penyakit gout menyerang

-Terasa sakit sendi secara tiba-tiba terutama di bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki-Sendi menjadi bengkak,kaku serta panas dan merah serta merta apabila disentuh dan menyebabkan pesakit demam
-Benjolan akan di dapati dekat sendi dan cuping telinga disebabkan timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur

Bila serangan gout akan berlaku?

Serangan gout ini boleh berlaku secara tiba- tiba dan tanpa sebab yang ketara tetapi keadaan tertentu juga boleh menyebabkan ia berlaku iaitu kekurangan air di dalam tubuh apabila makan berlebihan, minum air yang beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga setelah pembedahan.Serangan tiba-tiba akan lebih ketara apabila tengah malam iaitu pesakit akan rasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat yang sakit dan akan menyebabkan mengigil dan demam dan ini akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudian akan berhenti sendiri rasa sakitnya tetapi bukan bermakna sembuh tetapi jika tidak diubati sakit ini akan kembali menyerang kembali dan serangan yang kerapa kali di bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.

Penyakit Gout ini sering terjadi kepada lelaki yang berusia 30 tahun ke atas dan perempuan juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas putus haid.Dan faktor keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.

Thursday, May 21, 2009

Mulut Berbau


Adakah anda pernah menghadapi masalah mulut berbau? Pasti ramai yang berasa kurang selesa apabila mulut kita berbau ataupun orang yang terdekat dengan kita menghadapi masalah ini.Memang memalukan terutama apabila kita berbual dengan seseorang dan kemudian dia cuba berpaling dari kita kerana tidak tahan bau mulut kita yang berbau.Sekiranya anda kurang tahu bahawa mulut anda berbau atau tidak cuba buat cara ini semburkanlah nafas anda ke tapak tangan yang menghadap ke hidung anda dan jika nafas anda berbau anda akan dapat menghidunya.Cara kedua semburkan nafas anda ke anak kecil selepas itu tanya mereka samada berbau atau tidak selalunya anak-anak yang kecil ini tidak menipu dan jujur bila berkata.

Bau mulut ini tidak boleh hilang jika hanya menguyah gula-gula getah perasa mint, mengosok gigi secara teratur dan berkumur dengan cairan pengharum nafas sahaja kerana bau mulut ini bukanlah penyakit tetapi adalah gejala suatu penyakit.Ia mungkin berpunca dari gigi,sinus,tonsil atau peradangan usus dan adanya hiatus hernia iaitu kantung di dalam perut yang menyebabkan makanan berkumpul di dalamnya dan mengakibatkan bau yang tidak enak.

Faktor-Faktor penyebab bau mulut.

1.Makanan-sisa-sisa makanan yang terlekat pada gigi juga boleh mendatang bau mulut

2.Gigi -Masalah kesihatan gigi juga menyebabkan nafas tidak sedap kerana apabila sisa makanan terlekat pada gigi atau gusi munculnya bakteria penyebab bau yang akan menimbulkan iritasi pada gusi dan menyebabkan gigi buruk dan berbau.Memakai gigi palsu yang tidak bersih dan tidak bagus pada tempatnya juga boleh jadikan mulurt berbau busuk.

3.Mulut Kering -Air liur mambantu kita membersihkan mulut .Mulut yang kering akan akan menyebabkan sel sel mati berkumpul pada lidah dan gusi dan sel sel ini akan membusuk dan muncullah bau yang kurang enak itu.Merokok dan ubat-ubatan tertentu penyebab mulut kering.

4.Penyakit - Penyakit yang dapat menyebabkan bau ialah seperti infeksi kronis pada paru-paru,kerosakan buah pinggang dan kerosakan hati dan diabetes.

Cara mengurangkan bau mulut

1.Gosok gigi selepas makan
2-Gunakan dental floss sekurang-kurangnye sekali sehari untuk buang sisa makan di celah-celah gigi
3.Lidah juga harus diberus terutama di bahagian belakangnya untuk menghilangkan sel-sel mati,bakteria dan sisa makanan
4.Jika memakai gigi palsu atau kawat gigi perlulah membersihkan minima sekali sehari
5.Minum air putih banyak dan hindari minuman alkohol,kopi dan soda agar mulut tetap basah.Gantilah berus gigi setiap 2 atau 3 bulan sekali.
6.Periksalah gigi anda ke doktor minima setiap 6 bulan sekali.

Saturday, May 16, 2009

Sakit Belakang

Adakah anda pernah mengalami keadaan ini.Sakit di bahagian belakang pasti ramai yang pernah mengalaminya terutama bagi kaum hawa ibu khususnya yang sering melakukan kerja-kerja rumah.Walaupun kita tahu sakit belakang adalah perkara yang tidaklah serius tetapi anda perlu juga berhati-hati akan penyebab masalah ini.Jika tidak diberi perhatian mungkin akan mendatangkan akibat buruk pada anda nanti.

Penyebab sakit di bahagian belakang

Disebabkan oleh otot yang lemah,otot yang tegang atau kaku,urat belakang yang tergeliat, otot yang terkoyak atau juga disebabkan sakit sendi yang mengakibatkan anda rasa sakit di bahagian punggung,kebas kaki,rasa digigit semut di kaki akibat rangsangan saraf dari saraf tunjang.Tekanan perasaan atau tidak melakukan sebarang aktiviti senaman juga boleh menjadi punca sakit di bahagian belakang.

Selain itu mereka yang mempunyai keadaan fizikal yang agak gemuk juga boleh mendapat sakit belakang terutama melibatkan waktu berdiri dan duduk yang agak lama.Kadang-kadang sakit belakang juga adalah kerana tanda- tanda ada masalah arthritis,ulser atau masalah sakit buah pinggang,mengandung atau masalah yang berkaitan genetik atau kecederaan fizikal di bahagian belakang akibat kecederaan.

Simptom sakit belakang

Sakit di bahagian belakang selalunya sakit di bahagian bawah belakang anda dan boleh merebak ke bahagian lain iaitu kaki.Bahagian yang sakit akan merasa sensitif apabila disentuh dan akan berasa lebih sakit apabila anda bergerak.Rasa sakit boleh dirasai seperti pisau yang tajam menikam atau rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian otot belakang.

Siapa yang berisiko mendapat sakita belakang?

1-Yang tidak boleh dirawat atau diubah
a) Mereka yang berada dalam pertengahan umur

b) Lelaki
c) Sejarah keluarga yang menghidap sakit bahagian belakang.
d) Mengandung-semasa mengandung ligamen wanita meregang otot abdominal mereka tegang dan lemah dan bahagian belakang perlu menyokong bayi dalam kandungan. e) Sebahagian tulang belakang mengalami tekanan

2-Yang boleh dirawat atau diubah
a) Kekurangan senaman

b) Pekerjaan dan aktiviti lain yang memerlukan seseorang itu duduk, mengangkat atau menarik barangan berat dan pekerjaan yang mengakibatkan seseorang terdedah kepada getaran.
c) Merokok
d) Berat berlebihan
e) Tekanan
f) Pengunaan streoid terlalu lama

Pencegahan sakit Belakang

-Kurangkan aktiviti yang memburukkan simptom tetapi buat aktiviti biasa tetapi tidak digalakkan berehat dikatil sahaja.
-Buat senaman ringan untuk membina dan menegekalkan otot perut yang kuat dan belakang yang fleksibel.
-Perlu tahu apakah penyebab sakit belakang dan langkah mengelakkannya.

Monday, May 11, 2009

Masalah Keputihan di kalangan wanita

Seperti yang kita tahu setiap wanita pasti mengalami keputihan dan itu adalah perkara normal bagi seorang wanita jika mengalami keputihan kerana seperti organ lain seperti mulut yang sentiasa basah dengan air liur serta mata yang dibasahi air mata begitu juga bahagian dalam vagina yang selalu basah oleh lendir yang dihasilkan oleh kelenjar dalam rahim.Dalam keadaan normal atau biasa selalunya vagina akan mengeluarkan cecair yang berlendir berwarna putih dan tidak akan berbau.Ia juga dipanggil fisiologi dan lendir ini mengandungi banyak epitel dan sedikit leukosit (sel darah putih).Jangan risau apabila keputihan bertukar menjadi kekuningan kerana lendir yang keluar apabila teroksida oleh udara akan bertukar menjadi warna kuning apabila terlekat di seluar dalam.Ia adalah normal.

Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu akan dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan itu :

1-Simptom 1
-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
-Penyebabnya ialah kulat Candida sp
-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahayalain merebak seperti E-Coli

2-Simptom 2

- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin

3-Simptom 3

-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.

Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan

1-Pada masa yang subur
-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.

2-Ketika hamil
-Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.

3-Saat terangsang
-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.

4-Berat badan yang berlebihan
-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.

5-Minum antibiotik dalam dos tinggi
-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.

Tuesday, May 5, 2009

RAHIM LONGGAR PUNCA BAYI PRAMATANG

Bagi kehamilan normal selalu kita dengar tempoh kehamilan sembilan bulan tujuh hari.Namun tidak semua bayi yang dilahirkan tepat seperti tarikh jangkaan.Kebiasaannya bayi akan lahir awal sedikit dan jika terlewat dari tarikh jangkaan akan mendatangkan risiko kepada ibu.Kelahiran yang lewat kan menyebabkan uri rosak dan bayi lemas.Bayi yang cukup bulan untuk dilahirkan ialah pada peringkat 37 minggu keatas dan jika dilahirkan lebih awal dari tempoh itu dinamakan pramatang.

Tempoh pramatang ialah antara 32 minggu hingga 36 minggu tetapi jika berlaku kelahiran dalam tempoh ini risikonya tidak tinggi tetapi kalau kurang dari 32 minggu iaitu 28 minggu contohnya risiko adalah amat tinggi.Pada kebiasaannya dalam tempoh 28 minggu ini bayi mempunyai berat sebanyak 1 hingga 1.2 kilogram dan ini katogeri tidak cukup berat badan dan masalah utama yang di alami ialah paru-parunya tidak kuat.

Faktor berlaku kelahiran bayi pra-matang

1. Disebabkan rahim yang mudah menguncup ini mungkin kerana keadaan ibu yang stress dan banyak bergerak atau tempoh bekerja yang terlalu panjang.Sebab lain mungkin perjalanan menaiki kenderaan yang kerap ditambah pula jalan yang bengkang bengkok dan tidak rata juga mengakibatkan rahim mudah menguncup.

2. Jangkitan kuman pada kandungan.Ini berlaku jika si ibu sering demam viral dan selsema.Selain itu jangkitan kuman di pundi kencing sering menyebabkan kuncupan rahim.

3. Rahim berpenyakit seperti mengalami ketumbuhan fibroid atau endometriosis.Atau keadaan rahim yang sempit dan ada juga kelahiran pramatang berlaku sebab pintu rahim ibu yang longgar mungkin kerana sebelum ini ibu pernah mengalami keguguran.Untuk mengelakkan rahim menjadi longgar ia perlu dijahit untu mencegah keguguran pada kandungan.

4. Berlaku apabila kelahiran kembar.

Tanda-tanda kelahiran pramatang

Berlaku apabila ibu mengalami sakit perut tiba-tiba dan perutnya mengeras walaupun tarikh bersalin masih jauh dan ini adalah tanda si ibu mengalami kuncupan rahim warming up sebelum sakit bersalin.Jika tanda ini ada pada kehamilan yang tidak cukup bulan teruslah bertemu dengan paka perbidanan terdekat supaya ibu mengalami proses melahirkan bayi pra matang dengan selamat.