Monday, July 20, 2009

Buasir harus dielakkan.

Buasir adalah satu penyakit yang amat digeruni setiap orang kerana kesakitannya yang boleh mengakibatkan kesukaran membuang air besar.Pada sesiapa yang selalu mengalami sembelit berkemungkinan risiko terjadinya buasir adalah besar.Buasir ini terjadi apabila saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur.Di bahagian dinding dubur terdapat kusyen yang membantu menutup dubur dan memudahkan pengeluaran najis.Tetapi apabila seseorang itu sering sembelit dan proses meneran akan mengakibatkan kusyen yang melindungi dubur tadi bengkak dan beralih asalnya ini menyebabkan kedudukannya terkeluar dari dubur ketika proses buang air besar dan berlaku pendarahan kerana tisu haemorrhoid yang mengandungi banyak bekalan darah ini tercalar.

Sebab-sebab berlakunya buasir

1)Tekanan- iaitu berlaku apabila seseorang berdiri atau duduk dalam masa yang lama.Ini kerana berlaku peningkatan tekanan yang menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
2)Sembelit-sembelit terjadi apabila najis yang besar dan kering diteran dengan kuat dan ini memerlukan tekanan yang kuat dan akan menyebabkan saluran venus di bahagian dubur mengalami tekanan yang lebih dan pembengkakan ini menyebabkan buasir terjadi.
3)Berat badan yang berlebihan juga akan dapat memberikan tekanan yang boleh menyebabkan buasir.
4)Perempuan mengandung - Semasa mengandung juga kita boleh terdedah dengan risiko mendapat buasir kerana berlakunya tekanan disebabkan oleh rahim yang semakin membesar dan semasa proses mengandung juga bekalan darah lebih banyak dari biasa dan ini dengan sendirinya memberkan tekanan kepada saluran venus lebih teruk lagi apabila semasa mengandung otot-otot menjadi lebih relaks disebabkan hormon semasa mengandung.


Cara Penjagaan unutuk penyakit Buasir

-Bagi mengelakkan kesakitan ketika buasir pesakit disyorkan kerap membuang najis dan pastikan najis tak keras serta menjaga kebersihan dubur.-Untuk pastikan tidak sembelit pesakit di sarankan banyak minum air putih dan mengambil buah-buahn serta sayur sayuran.-Untuk memastikan kebersihan pada kawasan dubur hendaklah di cuci lebih kerap dan mengunakan sabun dan air selepas membuang air dan pesakit juga boleh merendam diri dalam air suam untuk 2 atau 3 kali sehari.Selain itu juga garam mandian juga boleh digunakan untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Tuesday, July 14, 2009

ALAHAN HIDUNG (ALLERGIC RHINITIS)

Adakah anda sering bersin atau merasa gatal di bahagian hidung ?Dimana sahaja anda berada masalah ini sering terjadi terutama apabila anda berada di tempat yang dikelilingi bahan-bahan yang membuatkan anda cepat mengalami alahan seperti debu,bauan,bulu kucing atau sebagainya.Jika masalah ini sering anda alami ini mungkin tanda anda sedang menghidap alahan hidung.

Apakah itu alahan hidung ?

Alahan ini adalah reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan,contohnya jika seseorang itu alah pada makanan laut maka jika memakan nya seseorang itu akan mendapat penyakit gatal-gatal,Manakala jika eseorang itu alah pada ubat pula ia akan mendapat kesan bengkak atau gatal yang kadangkala boleh membawa kesan sesak nafas .Manakala Alahan hidung ini juga lebih dikenali sebagai allergic rhinitis bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan,contohnya jika terdedah kepada habuk yang didalam nya terdapat sejenis hama.Hama inilah yang menyebabkan alahan.Kebanyakan hama banyak terdapat di langsir,karpet,tilam,cadar dan sarung bantal yang tidak berganti.Hama memakan kulit kulit yang gugur dari badan kita.Najis hama bercampur dengan habuk lain dan membuatkan hidung berair dan gatal.

Manakala di luar rumah pula kita terdedah kepada debunga yang boleh menyebabkan alahan hidung,apabila pesakit yang alah kepada debunga itu hidungnya akan rasa gatal dan akhirnya bersin dan berair seperti selsema.Di sini gatal bukan bermakna gatal dari hidung sahaja tetapi kalau di peringkat teruk mata,muka dan lelangitjuga akan berasa gatal dan kadang kala menghilangkan deria rasa dan bau kita.

Sunday, July 5, 2009

Merawat Selsema dirumah cara terbaik

Pengubatan sendiri selsema di rumah seperti berehat serta bersikap penyabar ternyata merupakan cara terbaik untuk mengubati penyakit selsema.Hidung yang tersumbat dan batuk paling baik diubati dengan cara pernafasan iaitu sebelum tidur untuk membantu istirehat anda di malam hari selain itu aromaterapi seperti camomile atau minyak kayu putih perlulah dihidu untuk melancarkan pernafasan kerana minyak dan wangian itu akan dapat mengeringkan selaput lendir dalam hidung.

Selain itu mengurut dada dengan ubat gosok seperti 'eucalyptus ointment'juga dapat membantu bernafas dengan mudah,ketika tubuh diserang demam maka tubuh akan menghasilkan lendir yang berfungsi mengahalu kuman.Penghidap demam ini boleh membantu dengan meminum air yang banyak sekurang-kurangnya tiga atau empat liter sehari.

Jika kepala terasa pening dan demam terus berlanjutan selama beberapa hari hindari dari makan tablet penghilang pening dan jika kahak atau lendir sudah bertukar menjadi warna hijau kemungkinan anda sudah diserang infeksi dan anda perlu segera mendapatkan rawatan.
Disamping itu melakukan perawatan ketika selesama dengan menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap kuat dapat mempercepatkan tempoh untuk sihat sepenuhnya dan cara yang boleh dilakukan ialah olahraga.Namun bak kata pepatah "Mencegah lebih baik daripada mengubati,oleh itu olahraga perlu dilakukan secara teratur.