Sunday, May 16, 2010

Rawatan Sakit Kepala

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Merupakan satu bebanan yang berat bila seseorang mengalami masalah ini kerana ia menganggu sistem pemikiran dan penyeimbangan diri.Ini semuanya berpunca dari banyak kemungkinan dan sebahagiannya
- Tekanan yang berat
- Tidur yang kurang dari 8jam
- Tidur pada waktu yang bertentangan ( lebihkan pagi dari malam )
- Melengahkan waktu makan

yang diatas mungkin sebahagian yang di kategorikan namun hakikatnya sekiranya terlebih tidur juga boleh membawa kesan pada bahagian kepala.Di bahagian kepala mengandungi saraf yang penting seperti saraf otak yang berfungsi untuk melaraskan dan mewaraskan setiap tindak tandukl manusia seharian dan otak jugalah banyak digunakan setiap saat kehidupan manusia.

Oleh itu pemikiran juga perlukan berehat untuk mendapatkan ketenangan dalam semua aspek terutamanya dari sudut kehidupan.Sakit kepala sememangnya amat bersangkut paut dengan sistem pemikiran dan puncanya juga dari tugasan yang banyak menggunakannya.Bukan itu sahaja sakit kepala juga boleh terjadi sekira seseorang yang mengalami masalah mata dengan membaca di suasana gelap sehingga menjadi beban di pemikiran.