Saturday, March 6, 2010

Cara Mengatasi Anaemia

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Anaemia adalah sejenis penyakit yang boleh dikategorikan kurang darah didalam sistem badan.Kebiasaan orang yang menhidap anaemia sentiasa dalam keadaan yang kurang stabil.Ini kerana metabolismenya tidak sampai ke tahap yang normal disebabkan circulation darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan.Seseorang yang menghidap anaemia biasanya akan sentiasa mengalami
- Pening
- Pitam
- Lemah otot
- Cepat Penat

Anaemia berkait rapat dengan sistem peredaran darah dan boleh membuatkan seseorang hilang kawalan untuk seimbang sistem badan sendiri.Seseorang yang mengalami anaemia juga sering kelihatan pucat kerana oksigen tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk sampai ke otak.Banyak yang boleh disangkut pautkan dengan anaemia dan kalau tidak diberi perhatian ia akan membawa bahaya pada seseorang.

Friday, March 5, 2010

Rawatan Meroyan

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Meroyan adalah sejenis penyakit yang hampir bersangkut paut dengan daya ingatan.Ia boleh mempengaruhi keadaan seseorang sehingga boleh membuatkan hilang kawalan diri.kebiasaannya ia mudah dialami oleh wanita yang baru menjalani proses bersalin.Pada peringkat awal berkemungkinan seseorang itu mengalami masalah ketika diawal bersalin dan berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi.

Ada sesetengah mengatakan penyakit ini tidak boleh dirawat kerana ia makan dalam pada seseorang.Pada apa yang kami kaji pula ia boleh dirawat apabila seseorang itu masih mengingati identitinya dan faktor yang menyebabkan keadaan itu terjadi.Ini kerana pesakit itu masih diperingkat awal dan boleh disembuhkan dengan secara teratur dan selagi di izinkan ALLAH.
Meroyan juga akan membuatkan seseorang itu
- Cepat Marah

- Suka menyendiri
- Menangis yang tiada kawalan- Membahayakan diri sendiri

Kata orang tua bagi orang yang baru lepas bersalin haruslah sentiasa ceria dan tenang kerana dengan ini dapat seseorang itu mengawal keadaan dari terjadinya perkara yang tidak diigini seperti meroyan.Meroyan sememangnya amat digeruni oleh setiap wanita yang terutamanya lepas bersalin.Ia menyerang terus ke saraf otak yang bergabung dengan emosi kerana ia di kategorikan angin meroyan yang hanya ada rasa tetapi tiada rupa.