Friday, December 31, 2010

Dendam

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dendam adalah salah satu sifat yang pada mulanya hanya ketidak puasan pada apa yang berlaku keatas diri seseorang.Individu yang mempunyai sifat dendam kebiasannya ia tidak dapat melupakan kisah silamnya mungkin padanya terlalu perit ditanggungi.Sifat ini pada mulanya ia terjadi apabila tidak dapat memaafkan dan meredhakan keadaan disekeliling dan hanya melayan emosi geram tanpa pedulikan akibatnya dan terus disimpan didalam kotak perasaan sehingga menjadi bara.

Mungkin sesetengah mengatakan memang mudah untuk melafazkan maaf tapi yang menaggung ini tiada siapa yang tahu.Memang benar apa yang dikatakan namun berfikirlah bahawa siapa kita pulak disisi ALLAH,kalau ingin di nilaikan kita dengan kebesaran ALLAH kita tiada kuasa untuk menghukum seseorang kerana apa yang kita lakukan mungkin akan menambahkan dosa kepada ilahi.Dendam adalah salah satu sifat yang di murkai oleh ALLAH dan kerana dendamlah Nabi Adam dan Hawa diletakkan ke dunia.

Dengan teladan sebegini masih ada yang kurang faham dan ingin melayan kerenah tanpa berusaha untuk melupakan simbol dendam yang utama.Tidak semestinya apa yang berlaku pada seseorang akan berlaku pada yang lain kerana kita manusia tidak berhak untuk melawan kekuasaan ALLAH.Sejauh mana ingin kita mengawal keadaan disekeliling hanya kerana ketakutan yang menghantui bayang-bayang sendiri sehingga menjadi bara dendam kemarahan di suatu ketika dahulu mungkin sudah lapuk di pemikiran namun masih ada yang ingin mengungkaikan.Fahamilah musuh islam sentiasa ingin mencuba untuk menambahkan lagi bahana dendam itu agar kita terjerumus bersama dendamnya kepada anak nabi adam.

Sunday, December 26, 2010

Tekanan Hidup

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Di dalam sesebuah kemodenan memang tidak dinafikan bahawa ada yang perit perlu dilalui dalam kehidupan terutamanya ingin melayari keperluan dan memenuhi kehendak.Adakalanya dengan sibuk mengejar kesibukan dan berpusu-pusu mencari nafkah ada yang terleka tentang minda dan emosi.Walaupun kehidupan semudah dihujung jari hanya klik dan swipe untuk menjalankan traksaksi komitmen tetapi masih ada yang tertekan kerana kecuaian dalam menyelesaikannya ketika ada.Apabila jiwa semakin terganggu ia akan mempengaruhi semua sudut dan tekanan hidup terus menghimpit.

Hakikatnya banyak yang boleh dikaitkan dengan tekanan hidup terutamanya tentang ekonomi yang seperti di atas paling mudah dialami oleh masyarakat kini.Banyak faktor yang boleh membuatkan seseorang tertekan tanpa ada pengawalan diri sehingga semakin hari semakin tidak ceria dan seronok.Dengan sifat tidak boleh melihat orang lain lebih dari diri sendiri itu adalah salah satu sifat yang hampir kepada tekanan kerana memaksa diri untuk mencari sumber kewangan walaupun tahu tidak berkemampuan.

Menurut kajian kami tekanan itu juga boleh wujud sekiranya kurang sokongan orang terdekat dalam usaha untuk mara ke hadapan demi mencari kejayaan.Ini mungkin berpunca dari ketidak kepercayaan seseorang hanya kerana kenangan yang mempamerkan kelemahan ketika dulu.Namun mereka tidak mengerti bahawa manusia boleh berubah dengan sekelip mata sahaja dan jika perlu kita harus menghulurkan bantuan dari sudut kemampuan walaupun hanya nasihat.keadaan ini boleh berkurangan kalau membuangkan sifat “bantah sebelum mula”.

Tekanan akan mempengaruhi seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak waras untuk mendapatkan sesuatu seperti :-
-Membunuh
-Amuk
-Memukul/mendera
-Merogol
-Mencuri

Perkara diatas mungkin akan terjadi bila perasaan yang bermaharajalela dalam membuat keputusan kerana ketika itu pemikiran tidak dapat berfungsi untuk mencari jalan keluar yang terbaik disebabkan terhimpap dengan berbagai masalah.Adakalanya sesetengah melepaskan tekanan kepada orang lain seperti membebel dan mencari kesalahan disekelilng agar dapat melepaskan geram dihati.Untuk apa kita gembira kalau orang disekeliling menderita dengan sifat yang dikatakan tidak senonoh.Malah ada juga yang bercerita kepada kami bahawa dia terlalu tertekan untuk balik kerumah kerana tidak sanggup dengar ibu dan ayah yang sering bertengkar walaupun perkara dan topik pada mulanya hanya kecil sahaja.

Sifat-sifat yang boleh kita kenal pasti seseorang hadapi tekanan di peringkat awal :-
-Membebel
-Berdiam / Menyendiri
-Memprotes
-Marah yang keterlaluan
-Panas baran

Cara paling mudah untuk mengawal tekanan atau emosi ini haruslah sentiasa bersifat
-Berlapang dada dalam sesuatu masalah supaya jalan tenang dijumpai.
-Elakkan dari memaksa diri dan cuba tahu dimana kemampuan diri agar tiada yang terganggu.
-Banyakkan berdoa memohon pertunjuk dari ilahi dan bersulamkan usaha yang sihat.

Dengan zaman sekarang memang mudah untuk mendapatkan tekanan yang mungkin disebabkan cara hidup yang inginkan kelebihan tanpa memikirkan kelemahan.Memang tidak dinafikan ramai yang tidak sukakan kelemahan kerana ia akan membuatkan tiada kemajuan.Namun lakukanlah yang terbaik dengan sama adil pada ruangan minda dan emosi agar ketenangan bersama didalam kemajuan.

“Jangan lalai ketika mencari sehingga kecundang sebelum penamat”
“Mara dengan ketabahan agar muncul kejayaan bersama senyuman”
“Peduli apa yang dikatakan asal tahu dimana arahnya”

Tuesday, December 21, 2010

Batuk Berkahak

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam aspek ini banyak sudut boleh dikaitkan dengan batuk berkahak terutamanya dibahagian sistem saraf tiroid.Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatang lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti

-Hidung
-Mulut
-Telinga

Di bahagian inilah permulaannya batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami
- gatal di bahagiaan tekak
- demam panas
-alergi yang tidak terkawal
- Selsema
- Batuk yang berleluasa

Inilah faktor utamanya yang akan memudahkan kuman menyerang tubuh bertambah lagi sistem imune tidak stabil dan anti bodi terganggu disebabkan kuman yang terlalu banyak.Ini semua terjadi diatas pengambilan makanan yang tidak seimbang sehingga mengganggu sistem tiroid yang pada mulanya hanya batuk kecil.Ia juga bersangkut paut dengan seseorang yang mempunyai penyakit alahan iaitu yang terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling terutamanya pada suhu dan cuaca.Seseorang yang mengalami masalah alahan didalam sistem badannya terkandung lebihan lendiran disebabkan oleh pengawasan sistem yang lemah.

Batuk berkahak ini juga mudah berlaku kepada kanak-kanak terutamanya dalam usia 0-12 bulan kerana disebabkan tumbesaran dalam soal mengenal pasti sesuatu benda dengan memasukkan sesuatu kedalam mulut.Dalam kes sedemikian ibu bapalah yang perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan agar sekurang-kurangnya tidak mendatangkan kemudaratan yang mendalam.Sekiranya batuk berkahak tidak dikawal ia akan mendatangkan masalah di bahagian paru-paru.Ini disebabkan kerana kuman negatif berlawan dengan positif sehingga membuatkan terjangkitnya dibahagian paru-paru dan ini dipanggil paru-paru berair.Dengan adanya masalah paru-paru berair memudahkan seseorang mengalami penyakit asthma.Pengambilan yang perlu dicegah iaitu

- Mengurangkan pengambilan makanan segera
- Air yang bergas
- Minuman yang berais

Dan amalan yang perlu dilakukan selalu

- Dengan meminum air suam secukupnya
- Senaman
- Mengambil vitamin tambahan seperti vitamin c.

Yang diatas kebanyakkan untuk yang telah dewasa dan manakala bagi kanak-kanak pula mengambil langkah seperti

- membasuh tangannya selalu
- Bersihkan setiap mainan yang baru di beli dengan antiseptik
- Elakkan memberi makanan yang tidak sesuai dengan ususnya

Setiap apa pun yang berlaku perlulah di cegah dari peringkat awal sebelum terlambat kerana disetiap badan manusia mengandungi banyak sel-sel yang penting terutamanya pada pernafasan.Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan agar hidup yang akan datang lebih harmoni dan terhindar dari sebarang penyakit.”Hak Manusia Berusaha Dan Kesembuhan Mutlak Adalah Hak ALLAH.”

Friday, December 17, 2010

JERITAN SARAF

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dengan perkataan ini tiada siapa yang faham kecuali sesetengah orang yang prihatin sahaja mengambil tahu dan mengerti maksud ini.Apa itu jeritan saraf ? pentingkah penjagaannya? adakah ini terjadi? mengarut sahaja? pertanyaan-pertanyaan yang sering berlegar di fikiran ketika membaca artikel ini.Jawapannya terpulang kepada individu untuk mentafsirnya namun di sini bila kita meneliti ia akan menjadi satu isu yang amat penting dalam kehidupan kita.

Percayakah anda bahawa saraf-saraf,sistem peredaran darah didalam badan seseorang semuanya mempunyai tugas terpenting dan disini bermaksud mereka semua berperasaan sepertimana tuan tubuhnya.Cuba kita renungkan apabila kita terlalu agresif menjalankan perihal kehidupan kita seharian sehingga kita terlupa keperluan tubuh kita yang disangka tidak berakal dan berperasaan.Sesiapa yang berfikiran ini mereka adalah salah sama sekali dan ia tergolong dalam orang yang leka dan lalai.Saraf juga adalah organ yang terlalu penting untuk kita menjaganya kerana ia terlalu halus seperti sehelai rambut.Cuma keadaan,situasi dan tugasnya tersembunyi disebalik tubuh yang gah bertutupi dengan ketampanan dan kecantikan luaran.

Jeritannya memang tidak didengari namun ia akan datang bila ia longlai dan disitu bermacam akan terjadi.Semasa itu janganlah kita mengeluh selepas ia mengeluh dan bosan dengan sikap ego kita.Saraf mengandungi berbagai sifat ia juga perlukan perhatian kerana ia banyak memberi jasa ketika kita memerlukannya.Kesannya terlalu mendalam ketika ia menyerang ke organ kita dan ketika itu kita akan merintih pula seperti mana ketika dahulu ia merintih dan meminta tolong untuk meluangkan masa menenangkan kerengangannya.

Simptom-simptomnya akan diketahui ketika :-
-Darah tinggi
-kebas dibahagiaan sendi
-Migraine
-kencing manis
-Rabun

Sebenarnya banyak sudut yang harus dan perlu di beri perhatian ketika penyakit mengenai saraf ini di ketahui disitu haruslah luangkan masa bukan sekadar memberi makan atau minum seperti ubat-ubatan atau vitamin malah meluangkan masa untuk mendengar rintihannya yang berkemungkinan berbakti setengah abad dengan umur seseorang.Sekiranya seseorang masih tidak mempedulikan dengan amaran pertamanya ia akan mengundang padah yang boleh membawa kepada kekejangan seperti :-
-Strok
-Osteoprosis
-Buta
-kanser

Ketika ini barulah jasad sedar kecuaian dalam mengendalikan tubuh yang di beri pinjam sementara agar dapat menjalankan amanah di muka bumi ini.Jadi disini hargailah saraf dengan meluangkan masa walaupun sesaat agar kepenatannya dibantu dengan rehat kita kerana dengan ini kita akan faham situasinya.Janganlah “selagi boleh” kita henyaknya sehingga ia menemui masa menembusi kita dengan “senjata yang berpelurukan kesakitan”.Rawat dan kenalpastilah saraf ketika kita suka dan gembira insyaALLAH ia akan menyempurnakan belaian kita dengan kefahamannya.

Sumber : Analisis dari rawatan alternatif Mahsuri

Tuesday, December 14, 2010

MURUNG

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Sesetengah masyarakat berpandangan bahawa murung ini adalah salah satu penyakit yang berpunca dari minda.Namun pandangan ini hanya merangkumi subjektif semata-semata tetapi tanpa disedari ia berlaku disebabkan tekanan hidup yang bercampur dari aspek emosi sehingga menghimpit tanpa ada penyelesaian.Terutamanya kepada kanak-kanak yang baru menjalani proses perkembangan kehidupan terlalu mudah mendapat murung disebabkan dari pancaroba kekeluargaan yang mendidik tanpa ada merasai bahawa anak kecil juga mempunyai sifat malu ketika berada dikhalayak ramai namun mereka ditengking tanpa ada belas kasihan oleh ibubapa yang hanya ingin melepaskan tekanan sendiri.

Ibubapa juga perlu memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah mentor kepada anak-anak yang ingin meningkat naik.Sekiranya cermin yang kabur bagaimana ingin nampak keindahan pantulannya.

Kemurungan ini pada peringkat awal boleh dilihat dari sudut kelakuan yang aneh seperti temenung ditengah kegembiraan tanpa memperdulikan orang disekeliling sehingga ditegur barulah ia sedar tindak tanduk sendiri.Emosi terpenting dalam proses kehidupan kerana ia bersebelahan dengan minda yang satu-satu organ penilaian pandangan pada seseorang.

Sekiranya kedua-dua terganggu musnahlah impian untuk menuju atau mara kedepan dalam kemajuan diri.Kanak-kanak juga berperasaan untuk meluahkan isi hati yang tersimpan sekian lama namun mereka tidak diberi ruang kerana terselit di kesibukkan ibubapa yang melepaskan tanggungjawab pada penjaga yang sekadar inginkan habuan disetiap di hujung bulan.

Masa yang ada ketika dihujung minggu pula bukan untuk melayan kerenah anak-anak namun mereka lebih pentingkan kelayuan mata dari sinaran kasih yang diperlukan oleh amanah ALLAH.Bila dah tersungkur barulah tersedar dengan kesilapan apabila terjadinya anak memerontak dalam mencari kasih.Bagi peringkat dewasa mereka sedar diatas diri sendiri namun

Tanpa perhatian ia juga boleh menganggu pemikiran yang tiada had dalam mencari jalan keluar sehingga buntu dalam persimpangan jawapan.Faktor murung yang tidak dikawal boleh terjadinya:

- Gila
- Meroyan
- Degil ( memberontak )
- Hilang pedoman diri

Ini semuanya terjadi diatas kecuaian sendiri dan suasana yang terlalu menghimpit.Apabila anak-anak yang memberontak inginkan sesuatu dan sebagai ibubapa usahakanlah untuk berlembut ketika menghalang bila ia tidak sesuai untuk dimiliki dan jauhilah dari kepantasan tangan kerana kesakitan yang terkesan boleh dilihat namun parah didalam boleh menjadi bara terbakar dengan curahan dendam.Murung yang pada permulaan dari emosi yang terjadi disebabkan oleh dahaga kasih sayang dari orang yang disayangi.

- Anak yang ingin belaian kasih dari kedua orang tuanya
- Isteri pula inginkan perhatian suami terutamanya ketika bersalin
- Suami inginkan kefahaman dalam menyelesaikan masalah ekonomi yang terhimpit
- Ibubapa perlukan perhatian anak-anak terutamanya ketika sakit

Majoritinya selagi bernama manusia semuanya inginkan perhatian kasih sayang tidak kiralah dengan jengahan atau bertanya kabar namun kini semuanya terlenyap disebabkan oleh kesibukan masa sehingga “wang menjadi raja” dalam sesebuah kehidupan tanpa disedari keperluan diri dari orang yang terdekat.

- Perhatian kepada isteri dengan mencari ruang membelai sekurang-kurangnya 7 kali
- Luahan kasih pada anak sekurangnya tiga jam dalam tempoh beriadah
- Bertanya khabar dan melawat bersama menjaga kebajikan dapat membuatkan ibubapa terhibur kerana dengan itu mereka merasai kasih sayang anak terutamanya yang sudah berumahtangga.
- Sebagai adik beradik dengan bertelefon atau bersms sudah memadai untuk mengeratkan silaturrahim.

Kesimpulannya semua aspek yang terjadi oleh kemurungan boleh dielakkan dengan meluangkan masa agar boleh mengenali lebih mendalam isian hati yang terpendam supaya dapat menyirami bara dendam dengan lunak suara lembut dan ikhlas.

Nasihat yang berpedoman akan boleh memulihkan keperitan hati dan mencegah murung.Luangkan masa ketika ada agar tidak kesal ketika senang.

Sumber: Analisis dari Rawatan Alternatif Mahsuri

Sunday, December 5, 2010

ALAHAN

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Alahan adalah penyakit yang berpunca dari peredaran darah yang tersumbat dari liang-liang saraf utama didalam badan.Ia boleh dikatakan berlaku akibat kecuaian seseorang mengendalikan faktor kehidupan yang terlalu terbuka tanpa berhati-hati dalam aspek kepentingan antibodi.Tanpa pengetahuan tentang aspek kesihatan ia boleh mendatangkan kemudaratan yang membahayakan di sistem-sistem penting dalam organ manusia.

Penyakit alahan ini boleh dikategorikan sebagai penyakit “Diam-diam ubi berisi” kerana sekiranya tindakan tidak diambil dengan segera ia akan memakan sel-sel baik dalam badan sehingga boleh membuatkan seseorang menghidap kanser.Selalunya penyakit yang berpunca dari alahan nampak seperti remeh di kehidupan seharian namun ia boleh membawa maut sekiranya tidak bersungguh-sungguh merawatnya.Dari apa yang di lihat alahan ini banyak mengganggu dibahagian-bahagian penting salah satunya di sistem pernafasan.Dari kajian alahan yang perlu dikawal dalam peringkat awal seperti
-Resdung
-Gout
-kulat

Alahan ini juga boleh dielakkan dari cara
-Pemakanan-
Amalkan amalan minum air suam dan kurangkan makanan yang berprotein tinggi terutamanya kekacang,seafood dan minuman sejuk.
-kebersihan diri dan sekitar-
Mandi juga boleh membantu menyah bakteria yang tersembunyi di sel-sel kulit.Dengan selalu mengemas rumah dapat juga membantu dalam mencegah alahan yang berpunca dari habuk.
Berbagai sudut juga perlu difahami agar tiada risiko yang datang mendadak secara tanpa disedari.Ada juga sesetengah yang alah pada antibiotik mungkin disebabkan oleh kandungan kimia yang tidak sesuai dengan sel dalaman seseorang.Alahan adalah terlalu meluas sehingga banyak yang boleh dikatakan dengan alahan.kadang-kadang dengan bauan wangi juga boleh mendatangkan alah yang teruk jadi sebagai kesimpulan “Cegah Sebelum Melarat”.Fikir sejenak dan luangkan masa untuk menilai kesihatan diri agar tenang menjalani kehidupan mendatang.

Sumber: Analisis dari rawatan alternatif Mahsuri

Saturday, December 4, 2010

PENJAGAAN KETAHANAN BADAN SELEPAS BERSALIN.

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Ramai yang kurang mengerti aspek kesihatan selepas bersalin.Ini kerana mereka terleka seketika kerana terlalu seronok apabila melihat dua kelopak mata bayi mereka yang di nantikan selama ini ada di pangkuan.Namun hakikatnya si ibu juga perlu berjaga sekiranya tidak sihat bagaimana ingin memberi penjagaan rapi pada bayi mereka.

Ketika proses bersalin para ibu banyak mengeluarkan tenaga dan sel darah.Jadi disini penjagaan selepas bersalin itu penting agar dapat menghidupkan semula sel-sel yang lemah.Untuk pengetahuan bersama ketika wanita yang bersalin mereka ibarat terputus urat dan kata orang tua-tua bagi melahirkan anak lelaki ibunya akan terputus dua urat manakala anak perempuan satu urat.

Sekiranya penjagaan tidak rapi tubuh ibu akan mudah masuk angin kerana di ruangan sel urat masih mengembang.Disebabkan oleh tekanan semua anggota ketika meneran di proses mengeluarkan bayi.Ini bagi yang normal,bagi yang tidak normal seperti operation,proset(iaitu vacum) lebih banyak termatinya sel.Yang penting cara penjagaan yang betul dan pantang larang yang diamalkan oleh orang tua juga perlu diambil perhatian walaupun berada dizaman moden.

Friday, December 3, 2010

TEKANAN ANAK MEMBAWA KEPADA RAGAM

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam melayani kerenah anak-anak yang mempunyai berbagai ragam memang agak memeningkan kepala.Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan keadaan sebegini.Ada juga dikalangan anak-anak kita yang mempunyai jiwa yang memberontak kerana ditinggalkan dirumah pengasuh.Bagi kefahaman kanak-kanak mereka masih tidak faham tentang aspek ekonomi,bagi apa yang mereka mahu hanyalah belaian kasih sayang.

Apabila mereka ditinggalkan dirumah pengasuh dan bergaul pula dengan bermacam-macam kerenah dan sikap yang berlainan dengan diri mereka dan lama kelamaan mereka akan terbawak sikap itu didalam rumah.Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang ada sesetengah ibubapa yang tidak dapat mengawal kemarahan memukul anak-anak mereka tanpa belas kasihan.”Penat dan letih aku dekat tempat kerja pun belum habis,korang dah buat perangai” inilah kata-kata yang sering dikatakan oleh sesetengah ibu bapa.

Sememangnya lapan jam ditempat kerja dihabiskan dengan tekanan pemikiran namun adakah pernah terfikir tekanan anak-anak kita di rumah.Kadang-kadang anak-anak kita merasakan dengan menunjukkan kerenah dan ragam mereka dapat menarik perhatian kasih dan sayang ibubapanya.Sebagai ibubapa kita tidak boleh menjadi tekanan dengan sikap anak-anak kerana kita tidak tahu apa yang mereka fikir dan apa yang mereka simpankan dari kita.

Anak-anak sememangnya tidak pandai meluah dengan kata-kata hanya yang mereka mengerti
- menangis
- merengek
- lasak