Tuesday, February 15, 2011

MEMENDAM RASA, ANTARA KEPERLUAN DAN KEMAHUAN

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Kali ini kami ingin berkongsi serba sedikit tentang masalah yang agak meluaskan sekarang iaitu kekeliruan dalam menilai antara keperluan dan kemahuan sehingga terwujudnya perasaan memendam.Majoritinya dizaman serba canggih ini ramai yang inginkan kesempurnaan didalam kehidupan sehingga tidak sedar terperangkap dengan gelombang perasaan sendiri.

Walaupun keadaan semuanya moden dan siber sehingga banyak kemudahan yang perlu dimiliki dan perlu ada digengaman.Macam manapun kita perlu memahami tentang kemampuan kita setiap bulan, samaada mampu ataupun tidak jangan sampai nafsu mengawal pergerakkan fikiran.Memang tidak dinafikan bila melihat jiran sebelah atau kawan sepejabat tukar kereta yang mahal keinginan kita mulalah inginkan benda yang sama tanpa mengukur baju dibadan sendiri.

Aspek ekonomilah yang banyak membuatkan seseorang itu mula memendam rasa sehingga keinginan yang berunsurkan cemburu membawa pergaduhan dalam kekeluargaan.Ungkitan-ungkitan mula timbul antara suami dengan isteri kerana ketidakmampuan si suami untuk memberikan apa yang diminta oleh si isteri.Sedangkan sama-sama tahu kesusahan sesama sendiri.Dengan sifat beginilah membuatkan dan menimbulkan perasaan memendam yang mendalam sehingga menjadi barah.

Banyak yang boleh dikategorikan dengan sifat memendam dan akan menimbulkan
- Geram
- Benci
- Murung
- Pemberontakkan

Bukan itu sahaja malah ada juga si suami yang menyerahkan bulat-bulat gaji bulanan pada isteri dan ingin tahu semuanya cukup walaupun mengetahui hutang lebih banyak dari kuantiti yang dibawa.Ini lagilah dinamakan lepas tangan, tapi peliknya rokok mesti ada dijari tanpa menghiraukan kelaparan keluarga.Ini akan membuatkan si isteri akan merasakan bebanan dan memendam kesusahan kerana ingin menguruskan tanpa ada kecukupan.

Bagi jiwa kanak-kanak yang baru ingin belajar mereka kurang faham tentang erti kesusahan dan bagi mereka kawan mereka ada mereka juga ingin ada.Sebagai ibu bapalah yang perlu memainkan peranan dengan menyediakan bekalan makanan atau peralatan ke sekolah cukup serta mendidik mereka tentang memahami diri sendiri, agar mereka cekal menerima keaadaan sekeliling tanpa rasa tertekan.Adakalanya sebahagian kanak-kanak yang menyembunyikan perasaan sehingga mereka menjadi pendiam dan ini juga salah satu faktor memendam rasa.

Sekiranya perasaan memendam tidak dikawal dan di bendung ia akan membawa padah bila di luahkan.Bermacam-macam keburukkan yang akan timbul kerana ketidakpuasan mula wujud.Ini akan membuatkan
- Pergaduhan
- Mental
- Mencuri
- Perpecahan

Semuanya diatas adalah sifat yang berunsurkan perasaan dan ia akan dapat dibendung bila iman di dada kukuh dan sentiasa menghadapi sesuatu itu dengan
- Tenang
- Reda
- Faham tentang diri sendiri

Jiwa dan perasaan hanya diri sendiri sahaja yang boleh mengawalnya.Gunakanlah akal yang di beri dalam sesuatu penyelesaian masalah agar nafsu tidak mempengaruhi keadaan.

No comments: