Wednesday, March 2, 2011

Mengatasi Masalah Mudah Gemuruh

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Kerisauan yang teramat sangat dalam berbagai aspek boleh membuatkan seseorang itu ketidak stabilan sistem peredaran darah.Ini juga memudahkan seseorang itu mengalami masalah darah gemuruh.Darah gemuruh sering berlaku kepada seseorang yang tidak dapat menahan ketakutan atau ingin melakukan sesuatu.Dalam persoalan terima atau tidak yang sering berlegar difikiran boleh membuatkan keresahan dan menimbulkan ketidak stabilan minda untuk mengawal emosi.

Kebiasaannya Darah gemuruh boleh dirasakan dengan debaran yang kuat di bahagian jantung.Kebanyakkan yang mengalami begini mereka sering mengalami perasaan takut dan bertanya-tanya tentang pergerakkan yang ingin dilakukan.Tidak kiralah untuk temuduga atau ingin mengambil peperiksaan.Dalam aspek Darah gemuruh tidak mengenali sesiapa dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Darah gemuruh adalah berbentuk perasaan yang tidak dapat dikawal oleh minda,dan ada juga yang berpeluh-peluh menahan debaran gemuruh didada.Sekiranya tidak dikawal atau dibendung ia boleh menyebabkan berbagai risiko seperti
- Pitam
- Sawan
- Tekanan darah tinggi
- Murung

Persediaan dalam sebarang kemungkinan perlu ada dalam mengawal keadaan setiap yang dilakukan.Agar apa pun yang terjadi dapat diterima dengan tenang dan redha.Dengan cara begini dapat menghilangkan rasa gemuruh walaupun ia sukar dilakukan.Yang sering berlakunya gemuruh ketika
- Ingin mengambil peperiksaan
- Temuduga
- Temujanji

Dan ada juga yang ingin memulakan sesuatu pekerjaan atau aktiviti yang baru dalam kehidupan seharian.Tidak dinafikan bahawa bagi pasangan yang baru berumahtangga juga sering mengalami masalah begini.Mereka mengalami berbagai persoalan yang berlegar difikiran samaada mampukah atau tidak.Dengan mendengarkan pengalaman dari orang lain sebelum diri sendiri laluinya juga boleh mendatangkan rasa takut dan itu permulaan pertama mengundang gemuruh.

Dengan persoalan yang tiada jawapanlah yang banyak mendatangkan kegemuruhan kerana tiada daya untuk mengawal emosi.Jadi disini kita haruslah berlapang dada dan menerima sebarang risiko dalam sesuatu kehidupan.Lumrah hidup tidak mampu kita tafsirkan dengan akal dan sesuatu yang dilakukan tidak semestinya menjadi milik kita.Apa pun kita harus tenang dan tidak perlu takut dengan kegagalan kerana disitu ada pengalaman yang terbaik.

No comments: