Sunday, May 29, 2011

ANTARA KELEMAHAN @ KURANG KEYAKINAN

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Ini juga masalah yang sering menimpa kalangan masyarakat kini.Hilang atau tiada keyakinan bergantung pada individu seseorang.Yang mengalami sebegini sering berasa gusar dan tidak tenteram dalam melakukan sesuatu tugasan.Mereka suka mengandai-andaikan sebelum memulakan.Di kaca pemikiran mereka semuanya bersudut negatif walaupun langkah kerja belum dilalui.

Ada juga yang dah memulakan sesuatu kerja namun dipertengahan jalan mereka kurang keyakinan dan terus berundur tanpa berfikir.Kalangan begini amat merbahayakan keadaan dan kadangkala boleh membuatkan orang sekeliling menyampah.Mereka ada keyakinan namun mereka sering dihantui ketakutan dan mereka tidak mempercayai diri sendiri.Bila mereka melakukan sesuatu mereka tidak tenteram dan persoalan berlegar-legar.Mereka juga sering bersoal jawab dengan orang sekeliling samada boleh atau tidak.

Adakalanya mereka tidak berani menerima kegagalan dan terus menjadikan faktor itu sebagai garis penamat usaha mereka.Ini amat berbahaya kerana boleh menjadikan putus asa dan pada mulanya kurang keyakinan, putus asa, kehilangan keyakinan.Inilah yang sering berlaku pada seseorang yang mempunyai sikap sebegini.