Sunday, May 29, 2011

ANTARA KELEMAHAN @ KURANG KEYAKINAN

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Ini juga masalah yang sering menimpa kalangan masyarakat kini.Hilang atau tiada keyakinan bergantung pada individu seseorang.Yang mengalami sebegini sering berasa gusar dan tidak tenteram dalam melakukan sesuatu tugasan.Mereka suka mengandai-andaikan sebelum memulakan.Di kaca pemikiran mereka semuanya bersudut negatif walaupun langkah kerja belum dilalui.

Ada juga yang dah memulakan sesuatu kerja namun dipertengahan jalan mereka kurang keyakinan dan terus berundur tanpa berfikir.Kalangan begini amat merbahayakan keadaan dan kadangkala boleh membuatkan orang sekeliling menyampah.Mereka ada keyakinan namun mereka sering dihantui ketakutan dan mereka tidak mempercayai diri sendiri.Bila mereka melakukan sesuatu mereka tidak tenteram dan persoalan berlegar-legar.Mereka juga sering bersoal jawab dengan orang sekeliling samada boleh atau tidak.

Adakalanya mereka tidak berani menerima kegagalan dan terus menjadikan faktor itu sebagai garis penamat usaha mereka.Ini amat berbahaya kerana boleh menjadikan putus asa dan pada mulanya kurang keyakinan, putus asa, kehilangan keyakinan.Inilah yang sering berlaku pada seseorang yang mempunyai sikap sebegini.

Kebanyakkan mereka ini berkebolehan dalam berbagai sudut kemahiran namun tersembunyi disebalik ketakutan dan kurang yakin pada diri sendiri.Tanda-tanda seseorang kurang keyakinan.
- Sentiasa Gugup
- Termenung
- Mudah tertekan
- Cepat beralah

Ada juga yang tidak mengetahui kelemahan diri mereka namun tidak mahu menerima pendapat atau pandangan orang lain.Ini juga akan mendatang risiko pada keadaan dan membuatkan kebencian orang lain.Sesiapa yang mengalami sebegini haruslah sentiasa berlapang dada dalam melakukan sesuatu agar tenang menerima sebarang kenyataan.

Banyak sudut yang boleh dikategorikan dengan seseorang yang mempunyai sikap kurang keyakinan kerana ia terlalu umum.Malah yang terbaik pada seseorang tidak kira sedar atau tidak kelemahan diri haruslah sentiasa percaya pada diri sendiri agar dapat melakukan sesuatu dengan sempurna.Risiko tetap akan ada disetiap tugasan tapi anggap itu sebagai sudut positif dan perangsang kekuatan diri.

No comments: