Monday, January 24, 2011

Panduan Penyusuan Bayi

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Di peringkat awallah keperluan antibodi perlu di beri perhatian kerana diperingkat inilah memudahkan sesuatu rawatan.Ini kerana semasa bayi sistem organ-organ didalam badan terlalu sensitif dan apabila tidak dikawal bermacam-macam masalah timbul seperti :
* Alahan
* Batuk Berkahak
* Tonsilitis ( Tekak kemerahan )
* Selsema
* Jaundice ( sakit kuning )

Semua ini berlaku hanya kerana ibubapa kurang menyedari aspek persekitaraan.Setiap bayi yang di lahirkan semuanya dalam situasi penyesuaian dengan keadaan sekeliling,ia mudah dan cepat mengesan perubahan keadaan.Jiwa bayi terlalu sensitif dan sistem imunenya masih belum dalam keadaan terkawal serta mudah mendapat penyakit yang berpunca dari virus.

Dengan penyusuan cara yang betul dan teratur juga amat penting dalam membentuk tumbesaran bayi.Memang tidak dinafikan di zaman moden ini ramai yang memilih untuk menggunakan kaedah susu rumusan yang banyak dijual dipasaran dari penyusuan susu badan.Ini semua berfaktor kerana ramai ibu-ibu yang keluar mencari rezeki.

Sunday, January 16, 2011

Rawatan Alzheimer

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Alzheimer adalah sejenis penyakit pelupa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat memikir atau mengenal sesuatu walaupun identiti sendiri.Seseorang yang mengalami begini pada peringkat awal mereka akan mengalami kurang daya berfikir yang jauh dan sering didalam kebuntuan mencari jalan keluar.Kebiasaannya mereka akan mudah marah kepada keadaan sekeliling kerana bagi mereka orang disekeliling yang salah.
Walaupun keadaan ini nampak ketara pada setiap pandangan namun bagi yang mengalaminya ia kurang faham atas perubahan dirinya sendiri.Ia sering berlaku disebabkan banyak faktor seperti
* Stress
* Banyak berfikir
* Kenangan @ kehilangan

Kadangkala mereka yang menghidapi penyakit begini biasanya emosi mereka rasa kurang selesa dan mudah marah.Bagi pandangan pihak kami sesiapa yang menghidap alzheimer memerlukan perhatian dari orang yang dikasihi.BIla seseorang itu mengalami masalah begini ia akan mudah mendapat penyakit
* Darah tinggi
* Kurang selera makan
* Tekanan darah rendah

Mereka juga mudah merasa rendah diri pada diri sendiri apabila mereka tahu kelemahan diri mereka.Pandangan penghidap alzheimer juga bercanggah dengan pihak yang normal kerana ini semua merangkumi daya pemikiran yang kurang berfungsi lebih jauh.Mereka juga tidak mengaku dan tegas dengan pendirian mereka walaupun dalam pada masa yang sama mereka tahu mereka salah.Ini berlaku disebabkan mereka inginkan di hargai dan mereka tidak mahu ditindas hanya dengan kelemahan mereka.
Dalam hal begini sememangnya mereka inginkan perhatian yang lebih dan juga tidak dinafikan bahawa mereka mempunyai jiwa yang memberontak.Alzheimer juga akan sering
* Mengamuk
* Membebel
* Murung
* Tidak dapat menerima nasihat orang lain

Friday, January 7, 2011

Rawatan Stroke

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Strok merupakan salah satu penyakit yang berpunca dari tekanan yang tidak terkawal.Strok boleh terjadi disebabkan oleh sesuatu regangan saraf yang disebabkan peredaran darah yang tidak lancar.Ia merupakan penyakit yang amat merbahaya pada sistem saraf yang boleh membuatkan seseorang tidak boleh bergerak dengan sepenuhnya.Bila berlakunya strok sistem peredaran darah akan bergerak terlalu lambat dan tidak seaktif seperti biasa ini kerana sel darah yang tidak boleh berkerja dengan keras tanpa bantuan saraf tertentu didalam badan.Strok mudah menyerang apabila seseorang yang menghidapi
- tekanan darah tinggi
- Sakit sendi
- Lemah badan
- sakit Jantung
- Stress
- Kencing manis

Penyakit ini sangat bersangkut paut dengan sistem saraf dan sel darah.Ia juga merangkumi bahagian otak iaitu sistem metabolisme manusia.Kebiasaannya bila seseorang diserang strok apabila emosinya tidak dapat dikawal oleh minda dan sistem arteri pula hilang kawalan untuk melancarkan peredaran darah.Strok juga mudah menyerang bagi wanita yang sedang hamil ini mungkin kerana hormon yang tidak terkawal atau yang sering mengalami tekanan.Strok akan datang mendadak tanpa pengetahuan manusia terutamanya pada seseorang yang menghidapi penyakit darah tinggi yang  terjatuh sehingga menyebabkan terhentak dibahagian yang tertentu.

Tuesday, January 4, 2011

ANAK DEGIL-BAGAIMANA INGIN MENGATASINYA?

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Cara mengatasi anak degil mudah sahaja cuma ingin melakukannya atau tidak.Hakikatnya semua manusia di muka bumi ini memerlukan perhatian zahir dan batin.Sekirannya kita lapar adakah cukup hanya dengan meminum air kosong sahaja itu tidak mungkin bukan begitu jugalah soal perasaan.

Permulaannya memang nampak geram bila melihat teletah seorang anak yang tidak mahu mendengar kata dan suka memprotes.Bila berada disituasi begini sebagai orang tua tidak perlu cepat melatah sehingga sanggup memukul mereka dengan kejam sehingga dendam anak kepada orang tuanya bertambah mendalam.

Dizaman yang moden ini memang tidak dinafikan bahawa kehidupan akan terhimpit sekiranya ibu tidak membantu mencari nafkah bersama tetapi jangan terlalu lalai dan leka sehingga mengabaikan anak yang berada di rumah tanpa perasan samada mereka berlapar atau pun tidak sihat.Mereka yang bernama anak semuanya memerlukan perhatian dan ketika kita berada didalam situasi mereka juga kita inginkan benda yang sama iaitu kasih sayang.