Saturday, March 6, 2010

Cara Mengatasi Anaemia

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Anaemia adalah sejenis penyakit yang boleh dikategorikan kurang darah didalam sistem badan.Kebiasaan orang yang menhidap anaemia sentiasa dalam keadaan yang kurang stabil.Ini kerana metabolismenya tidak sampai ke tahap yang normal disebabkan circulation darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan.Seseorang yang menghidap anaemia biasanya akan sentiasa mengalami
- Pening
- Pitam
- Lemah otot
- Cepat Penat

Anaemia berkait rapat dengan sistem peredaran darah dan boleh membuatkan seseorang hilang kawalan untuk seimbang sistem badan sendiri.Seseorang yang mengalami anaemia juga sering kelihatan pucat kerana oksigen tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk sampai ke otak.Banyak yang boleh disangkut pautkan dengan anaemia dan kalau tidak diberi perhatian ia akan membawa bahaya pada seseorang.

Masalah ini juga mudah berlakunya kepada wanita hamil kerana kadar antibodi yang tidak stabil.Kalau tindakan awal tidak diambil ia akan membahayakan kandungan dan membawa banyak masalah ketika ingin bersalin.Kebiasaanya ketika waktu bersalin rahim akan lambat mengejut selepas proses kelahiran dan akan membuatkan seseorang itu tumpah darah.

Keadaan ini boleh dikawal dengan cara pemakanan yang teratur.Ada yang berpendapat bahawa memakan makanan yang berdarah juga boleh membantu tetapi kenyataan ini akan juga mengundang bahaya kerana setiapa makanan berprotein tinggi akan membawa penyakit lain seperti kolestrol atau pun gout sekiranya pengambilan yang terlalu banyak.

Dengan pengambilan vitamin seperti folic acid juga akan membantu kambali peredaran darah yang kurang stabil tadi.Di sini juga perlukan pengambilan makanan yang seimbang agar kekal sihat.Anaemia akan mengundang padah pada seseorang yang menghidapinya dan sebelum berlaku perlulah berhati-hati apabila mendapati diri menghidapi anaemia.
Bagi mereka yang telah menghidapi anaemia haruslah banyakkan- Rehat - Bersenam- Tidur yang secukupnya

Dengan jalan alternatif juga dapat membantu memulihkan semula sistem peredaran darah agar dengan izin ALLAH ia dapat dirawat.

No comments: