Friday, January 7, 2011

Rawatan Stroke

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Strok merupakan salah satu penyakit yang berpunca dari tekanan yang tidak terkawal.Strok boleh terjadi disebabkan oleh sesuatu regangan saraf yang disebabkan peredaran darah yang tidak lancar.Ia merupakan penyakit yang amat merbahaya pada sistem saraf yang boleh membuatkan seseorang tidak boleh bergerak dengan sepenuhnya.Bila berlakunya strok sistem peredaran darah akan bergerak terlalu lambat dan tidak seaktif seperti biasa ini kerana sel darah yang tidak boleh berkerja dengan keras tanpa bantuan saraf tertentu didalam badan.Strok mudah menyerang apabila seseorang yang menghidapi
- tekanan darah tinggi
- Sakit sendi
- Lemah badan
- sakit Jantung
- Stress
- Kencing manis

Penyakit ini sangat bersangkut paut dengan sistem saraf dan sel darah.Ia juga merangkumi bahagian otak iaitu sistem metabolisme manusia.Kebiasaannya bila seseorang diserang strok apabila emosinya tidak dapat dikawal oleh minda dan sistem arteri pula hilang kawalan untuk melancarkan peredaran darah.Strok juga mudah menyerang bagi wanita yang sedang hamil ini mungkin kerana hormon yang tidak terkawal atau yang sering mengalami tekanan.Strok akan datang mendadak tanpa pengetahuan manusia terutamanya pada seseorang yang menghidapi penyakit darah tinggi yang  terjatuh sehingga menyebabkan terhentak dibahagian yang tertentu.

Apabila seseorang yang mengalami strok memang bukan mudah untuk bergerak terutamanya yang strok di sistem buah pinggang.Banyak yang boleh dikategorikan dengan strok
- Strok separuh badan
- Strok seluruh badan
- Strok mulut

Semua sistem saraf yang terganggu boleh dikategorikan dengan strok, ada yang hanya disebabkan tergeliat sahaja boleh terjadinya strok.Strok terlalu halus kerana saraf didalam badan kita juga terlalu halus dari urat dan sekiranya tidak dirawat pada peringkat awal ia akan memudaratkan seseorang.Sistem saraf yang harus difahami
- Saraf tunjang
- saraf tiroid

Ini mungkin separuh dari saraf yang penting tetapi walau bagaimanapun kita perlu berhati-hati disetiap langkah kita bukan sahaja yang ada menghidapi penyakit malah ada juga strok menyerang pada seseorang yang sihat tetapi sering di belenggu dengan masalah.
Jadi disini  bagi mereka yang sedang mengalami strok pula hendaklah melakukan sedikit pergerakkan agar dapat melancarkan sistem darah dan percayalah bahawa tiada peyakit yang tiada penawarnya kecuali mati.Sikap utama yang perlu ada pada mereka yang sedang menghidapi strok adalah
-ketabahan
-Kecekalan
-keyakinan
-kekuatan

Selain berusaha haruslah sentiasa berdoa pada ilahi kerana “Hak manusia adalah berusaha tetapi kesembuhan tetap Hak ALLAH”
Nota: Bagi mereka yang sedang mengalami masalah kebas-kebas atau sudah terjadinya strok sila dapatkan rawatan secepat mungkin kerana ditakuti akan terganggu sistem-sistem yang lain.Hubungi kami di 03 9173 9786, 013 3712334 @ www.mahsuri.com.my untuk temujanji.

No comments: